Skip to main content

Bilik Latihan

Bilik latihan kami adalah fleksibel berdasarkan keperluan pelanggan dan sesuai untuk digunakan sama ada sebagai bilik latihan, bilik perbincangan, bengkel atau acara tertentu. Bilik latihan ini mempunyai peralatan audio-visual asas dan kemudahan asas untuk memastikan sesi berjalan lancar dan berkesan.

Bilik Latihan

Grana

Bilik latihan ini boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa.

Bilik Latihan

Intron Ekson

Bilik latihan ini boleh memuatkan sehingga 51 pax (maximum) pada satu-satu masa.

Fasiliti Kami

Makmal Kimia

Makmal Kimia UNIPEQ adalah salah satu makmal terkemuka yang menyediakan perkhidmatan analisis makanan dan makanan haiwan. Kami mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam perkhidmatan analisis berkualiti tinggi dengan kaedah ujian yang sah dan boleh dipercayai serta memiliki akreditasi profesional seperti berikut:

  • Salah satu makmal swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan analisis makanan sebagai panduan kepada industri makanan.
  • Makmal berlesen MPOB untuk analisis semua jenis ujian untuk Minyak Sawit & Produk berasaskan minyak sawit di Malaysia.
  • Salah satu makmal BioNexus (BNP) yang dipilih oleh Bioeconomy Corporation untuk menyediakan akses industri kepada perkhidmatan, kepakaran dan kemudahan yang berkaitan.
  • Penganalisis Makanan Berdaftar – Akta Penganalisis Makanan Malaysia 2011 Seksyen 18.
  • Ahli Kimia Berdaftar – Akta Ahli Kimia 1975.
Fasiliti Kami

Makmal Air

Makmal Air kami menggunakan kaedah yang diluluskan bagi menganalisis pelbagai sampel air seperti air minuman, air tanah, air sisa dan lain-lain.

Fasiliti Kami

Makmal DNA

Makmal DNA kami menyediakan pelbagai ujian untuk membantu dalam pengesahan Halal. Kaedah DNA Porcine kami telah diiktiraf di bawah 'International Organization for Standardization 17025' (ISO 17025) untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan.

Fasiliti Kami

Makmal Mikrob

Bagi mematuhi peraturan kebangsaan dan antarabangsa, pengusaha industri makanan sering dikehendaki untuk menguji kandungan mikroorganisma pada produk mereka, di mana kehadiran dan pertumbuhan mikroorganisma boleh membahayakan kesihatan manusia. Makmal Mikrobiologi kami menawarkan pelbagai kaedah untuk mengesan kebanyakan mikroorganisma dan patogen yang membimbangkan profesional makanan.